CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 1, 2009

~tah pape kamu ni mimi!!!~

CERITA 1
Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya..Guru : “Kamu ni murid barukan ?”Murid : ” Ya.. cikgu”Guru : “Nama kamu siapa?”Murid : “Man”Guru : “Nama panjang kamu?”Murid : “Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. cikgu”

CERITA 2
Pada suatu hari di sekolah cikgu menyuruh murid-murid menulis karangan mengenai peperangan. Salah seorang dari muridnya itu telah menghantar kertas kosong dan hanya menulis "ouch" dan cikgu pun pergi kepadanya...Cikgu:- Amin kenapa awak beri kertas kosong dan hanya menulis perkataan "ouch"..?Amin:- Kerana sebelum peperangan bermula saye ditembak oleh musuh dan perkataan "ouch" saje yang saye kata....

CERITA 3
Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,Kawan Tok Batin : Kenapa kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear. Kawan Tok Batin : ????????

CERITA 4
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

CERITA 5
Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.Anak : "Ayah, di..."Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

CERITA 6
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau... suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di The mall.
Gadis : " I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry, too "
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu, dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : " I'm sorry. three "
Pelancong : " What are you sorry for? "
Gadis : " I'm sorry, five

CERITA 7
Murid : Selamat pagi, Cikgu. Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu! Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid : Selamat sejahtera Cikgu! Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, Cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap) Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh! Cikgu : Bukan! Murid : Ya! Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Hamba! Cikgu : Dengar ini! Murid : Dengar itu! Cikgu : Diam! Murid : Bising! Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid : Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu : Mati aku! Murid : Hidup kami! Cikgu : Rotan baru tau! Murid : Akar lama tak tau! Cikgu : Malas aku ajar kamu! Murid : Rajin kami belajar Cikgu! Cikgu : Kamu gila! Murid : Kami siuman! Cikgu : Cukup! Cukup! Murid : Kurang! Kurang! Cikgu : Sudah! Sudah! Murid : Belum! Belum! Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid : Sebab saya seorang pandai! Cikgu : Oh! Melawan! Murid : Oh! Mengalah! Cikgu : Kurang ajar! Murid : Cukup ajar! Cikgu : Habis aku! Murid : Kekal kami! Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis! Murid : K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu : Sudah, bodoh! Murid : Belum, pandai! Cikgu : Bangang kamu ni! Murid : Cerdik kami tu! Cikgu : Rosak! Murid : Baik! Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid : Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)



HASIL NUKILAN: COCOBE

0 comments: